Followers

Pelajar 17 Tahun Jadi Jutawan?

Pelajar itu ialah Nick D'Aloisio, seorang pelajar King's College School di Wimbledon, London. Dia menjual satu aplikasi yang membolehkan teks berita dibaca melalui telefon bimbit kepada Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta). Boleh baca berita penuhnya di mynewshub.my.



Baru 17 tahun dah kaya haih jeles gila hahaha. Dia start buat apps ni since 15 tahun lagi so memang dia berhak la dapat hadiah macam ni. Aku yang dah 16 tahun ni pun pakai duit mak je hahaha. Dia buat ni sebab hobinya iaitu Programming, dia start belajar pun sejak 12 tahun. Aku pun suka Programming, ada program ciput yang aku pernah buat dulu hahaha kalau jual seringgit pun tak laku agaknya hahaha! Dia jugak ada bagi sedikit nasihat

“Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” 

InsyaAllah ada masa aku buat! hehe. Lepas aku baca berita ni aku rasa macam... kenapa bukan aku je yang buat ni haha. Aku memang nak buat tapi first world problem dia... IDEA! Idea memang senang nak dapat bila tengah mandi kan? ataupun tengah buang air besar hahaha! Kalau boleh nak je bawak note masuk tandas tapi apakan dayaku haha. Sampai sekarang ada je idea tapi tak ingat! itulah masalah besar aku hahaha.

Sebenarnya aku takda la pandai sangat programming, aku nak belajar pasal programming tapi aku sekolah lagi, SPM pun tak lepas lagi haha. Boleh je nak belajar tapi aku tak pandai bahagi masa, soooooo camne eh? hahaha. Aku bloging ni pun curi masa belajar hahaha!

First entry aku pun dah pasal duit, nampak sangat la aku bloging ni pasal... fikir la sendiri hahaha! Aku tak pandai langsung nak buat buat karangan ni, tapi BM aku A! haha. Aku sebenarnya buat blog ni nak dapat side income [ceh, belajar tak habis lagi haha!] Aku nak kumpul duit nak beli motor yamaha sorang ni hahaha! Motor dia... FZ150i hehe. Doakan saya dapat yaa?

Btw, ni bukan entry Aiman yang buat, ni akem yang buat! hehe :D saje je nak buat entry untuk 2013 ni, nak tunggu aiman update memang berjambeng hahaha! okay lah tu je nak cerita haha! Rajin rajin la tekan ads ya! hahaha bye :D





No comments:

Post a Comment